Monday 23 April 2012

Sesuatu yang tak disangka..

Ingat tak bait-bait lagu ni?

Sesuatu yang tak di sangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau  sekadar satu kebetulan..

Rasenye lagu ni kena dengan apa yang berlaku dalam hidup aku 2 minggu lepas..

Hari isnin 09/04/2012 pukul 9.45pm aku dapat call dari ayah aku. ayah aku cakap atuk masuk hospital. Aku tanya balik bila masuknye. ayah aku cakap petang tadi tapi tak tau sebab ape. Then aku cakap ok la. aku tak tau dapt pergi ke tak sebab en.suami tak balik keje lagi. dalam 15minit lepas tu en.suami balik.. dah siap makan sume baru aku bagitau en.suami atuk masuk hospital. en.suami soh aku call makngah aku tanye cam mane keadaan atuk sekarang. aku pun call dan bila makngah aku cakap keadaan atuk aku, aku rase sebak sangat-sangat. mak ngah aku cakap tunggu masa je. aku tanya sebab apa then makngah cakap pembuluh darah atuk dah bengkak dan ada kebocoran kecil. time tu aku ok lagi la. cuma dah bincang jugak dengan en.suami nak pergi ke tak. akhirnya kitorang pergi jugak. dalam pukul 12.30 kami sampai hospital ampang. time tu mak ayah aku pun baru sampai. jadi kitorang jalan sekali. time tu atuk aku kat wad  kecemasan zon merah (kritikal) . time sampai tu doktor tengah buat ape tak tau la. jadi kitorang tunggu kat dalam bilik menunggu jap. tak lama lepas tu baru dapat tengok. atuk aku dah tak sedarkan diri (koma). pakai alat bantuan pernafasan, mesin kiri kanan, darah dan macam-macam lagi la aku pun tak tau sangat ape ke bendanya. aku just tengok dari jauh je sebab tak boleh tengok ramai-ramai. mak ayah aku pergi tengok dulu. tak lama tu aku pulak dengan en.suami yang tengok. rupa-rupanya dari petang tadi atuk aku memang kat wad kecemasan tu je sebab bp (blood pressure) rendah sangat-sangat. doktor-doktor pun dah cuba yang terbaik. time tu kirenye atuk aku cuma di tampung dengan ubat-ubatan. darah pun dah 3 pek masuk time aku sampai tu.

dalam pukul 1 lebih, doktor datang. nak tanya anak-anak sama ada nak buat operation atau tak. mengikut kata doktor tu, pembuluh darah atuk dah kembang sangat, dari 3cm sekarang dah 5cm. diorang pun dah call HKL bahagian yang ada pakar tentang tu tapi HKL cakap kalau buat operation pun harapan sangat tipis lagi-lagi atuk aku dalam keadaan macam tu. akhirnya anak-anaknya decide tak payah buat operation. kitorang pun dok je tunggu kat bilik menunggu sebab doktor cakap if bp atuk aku dah stabil sikit diorang nak pindahkan pergi wad biasa. dalam pukul 3.30 pagi, atuk aku dipindahkan ke wad biasa.  tapi aku tak ikut la pergi wad biasa tu (aku ni takut sikit kat hospital :p). dalam pukul 5.00 pagi kitorang pun balik rumah. nenek tiri aku yang jaga atuk. aku & en.suami balik rawang.

pagi 10/04/2012 dalam pukul 10 aku call mak tanya dah pergi hospital ke. mak aku cakap mak aku on the way balik umah nak ambik adik-adik aku bawak pergi hospital. aku pun cakap ok je la sebab en.suami pun tak ada kat rumah ada kerja urgent. pukul 3.00 petang ayah aku call tanya makngah ada call aku ke. aku cakap tak ada call kenapa. ayah aku cakap atuk aku dah meninggal. aku pun steady lagi la. ayah aku baru nak gerak pergi. aku call en.suami banyak kali tapi tak angkat-angkat sampai aku call kawan en.suami kalau-kalau en.suami ada dengan dia tapi tak ada. aku call lagi sampai la dekat pukul 3.30 baru la en.suami angkat call dari aku. dekat pukul 4.00 jugak la en.suami baru balik. dah siap mandi-mandi & makan, kitorang terus pergi ampang. time aku sampai jenazah dah di kebumikan. memang tak sempat tengok jenazah. malam tu family aku, aku & en.suami tido kat rumah atuk aku. lagipun hari rabu tu memang cuti.
al-fatihah untuk atuk aku Abidin Bin Said. semoga rohnya dicucuri oleh ALLAH SWT.


2 comments:

  1. al fatihah... sbr eh... Allah lbh sygkan die..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah ...moga rohnya ditmptkan bersama hambaNya yg beriman

    ReplyDelete