Wednesday 29 February 2012

"SENGAU" tengi??

pagi tadi baca paper HM.. kes remaja yang kena bakar hidup-hidup kat Hulu Selangor.. rasa sangat kesian kat budak tu. tapi lawak jugak sebab nama tempat yang di tulis tu saya tak pernah dengar pun kat selangor ni. ada ke nama tempat "SENGAU" Tengi? rasanya tak ada tempat tu, yang ada "SUNGAI" Tengi.. ermmm.. tak tau la nak tulis ape lagi..hehehe


dEmam Oh dEmam..

sekarang ni musim demam ke? kenapa saya kata macam 2? sebab minggu lepas mak kt kampung demam seminggu. minggu ni mak mentua pulak demam dah 3 hari MC. harap2 lepas ni saya tak kena la.. ; p

hari isnin tu bawak mak mentua pergi klinik. dah siap check & ambik ubat terus balik rumah. balik-balik je time mak mentua nak makan ubat ada 1 botol warne merah dapat dari klinik. mak mentua baca kat botol tu tulis "RACUN / POISON" ehh biar betul. mak mentua pun dah cuak betul ke diorang ni bagi ubat siap ada racun bagai. dek kerana tak puas hati mak mentua suruh saya call klinik tanye pasal ubat tu.

************
saya : hello, ni klinik .....
ass.klinik : ye, ada ape?
saya : tadi ada sorang patient datang sebab demam then u bagi ubat botol merah tulis "RACUN" untuk ape ye?
ass.klinik : owh itu untuk kumur-kumur, kan tadi saya ada cakap untuk kumur-kumur. kat botol pun ada tulis.
saya : ye ke? ok2. tengok macam pelik sebab tu saya tanya. ok la, tq ye. 

hehehe.. saya memang dah tengok kat botol tu ada tulis "KUMUR" tapi takut la jugakkan.. lepas tu cakap la dengan mak mentua ubat untuk kumur tapi mak mentua tak guna pun takut tertelan katanya.. ;p

Apam Dot Dot


Apam Dot Dot ataupun orang panggil apam polkadot. Gambar ni masa first time buat. Seronok jugak buat apam ni sebab main dengan warna. Gambar yang bawah tu adik saya request bagi pada member dia, so saya buatkan la. Inti boleh letak peanut, strawberry, & macam-macam lagi la..hehehe..

Moist Choc Cake


Kek coklat ni saya buat masa sambutan hari ibu tahun lepas. Special untuk mak & mak mentua saya.
Selalu saya buat takde letak2 bunga tu. Klu ad orang beli pun just letak topping.hehehe.. Siapa2 yang nak try boleh la order. : )... Nak dalam cup pun boleh jugak. : )

Assalammualaikum.. PeaCe : )

Assalammualaikum.. Saye suke bloG! itulah nama blog aku. dok pikir-pikir nak bagi nama ape yang senang nak ingat. letak je la nama tu. sebelum ni aku ada blog tapi payah sangat nak ingat email semua tu. Ni yang buat akaun baru.hehehe.. Moh la singgah-singgah blog aku ni. : )